https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764582.jpg

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗙 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗤𝗔𝗙 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
 
ALHAMDULILLAH SELURUH WARGA MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT (KAKITANGAN DAN PELAJAR) SANGAT GEMBIRA MENERIMA KUNJUNGAN ZIARAH DARIPADA SALAH SATU PIHAK YANG MENJADI TULANG BELAKANG MAAHAD DALAM MENYEMPURNAKAN PENYEDIAAN KELENGKAPAN BANGUNAN BARU MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT DI KG PARIT TALIBEK.
DENGAN BANTUAN PIHAK YAYASAN WAQAF MALAYSIA, PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENIKMATI KESELESAAN DI RUANG DAPUR. SUMBANGAN YANG DIBERIKAN JUGA SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADI ASBAB PIHAK MAAHAD DAPAT MENERUSKAN PENCARIAN DANA BAGI KELENGKAPAN YANG LAIN.
 
𝙏𝙀𝙍𝙄𝙈𝘼 𝙆𝘼𝙎𝙄𝙃 𝙔𝘼𝙔𝘼𝙎𝘼𝙉 𝙒𝘼𝙌𝘼𝙁 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼
 
WARGA MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT MENDOAKAN AGAR ASBAB SUMBANGAN YANG DITERIMA INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT YANG BERGANDA KEPADA PIHAK YAYASAN.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764506.jpg

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟒 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐁𝐄𝐊 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
 
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH,
 
PADA HARI SEMALAM PIHAK MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT TELAH MENERIMA KUNJUNGAN KASIH DARIPADA PENGUSAHA ZAINAB IKS HAJAH ZAINAB BERSAMA ANAKNYA PUAN AIZAH SEORANG USAHAWAN YANG HEBAT. MASYAALLAH TABARAKKALLAH.
 
ALHAMDULILLAH SEPANJANG SESI KUNJUNGAN, BELIAU BERSAMA ANAKNYA TELAH MENELITI KELUASAN BANGUNAN MAAHAD YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYAMBUNG PROJEK PEMBANGUNAN.
ANTARA PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN SEMALAM ADALAH:
1. PENCARIAN DANA UNTUK MERATAKAN DAN MEMBUAT TAR DIHADAPAN BANGUNAN MAAHAD.
2. PEMBANGUNAN BAGI KELUASAN DUA(2) EKAR TANAH YANG MASIH BELUM DIBANGUNKAN
3. PEMBANGUNAN SURAU DI HADAPAN BANGUNAN MAAHAD
 
ALHAMDULILLAH TIDAK LUPA JUGA UCAPAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEJADAH, KEROPOK ZAINAB IKS, AL-QURAN DAN SAGUHATI BUAT WARGA MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT.
 
SEMOGA ALLAH LINDUNG SAN PERLUSKAN REZEQI HAMBA-HAMBANYA YANG MEMBANTU ANAK ANAK TAHFIZ INI.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764432.jpg

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗕𝗘𝗞

𝟭𝟲 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝗜𝗠𝗕𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 : 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗥𝗜𝗧 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗕𝗘𝗞
 
ALHAMDULILLAH PADA HARI JUMAAT YANG LEPAS IAITU PADA 12 JANUARI 2024, PIHAK MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT TELAH MENJALANKAN SATU MAJLIS MAULID BERSAMA WARGA PENDUDUK KAMPUNG PARIT TALIBEK SEBAGAI PERMULAAN UNTUK MENGIMARAHKAN SEMULA SURAU MASJID TERSEBUT. ALHAMDULILLAH SOKONGAN YANG SANGAT BAIK DAN SYUKUR ATAS KERJASAMA JUGA BANTUAN PENDUDUK KAMPUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS TERSEBUT.
 
MAJLIS DISERIKAN DENGAN KEDATANAGAN AL FADIL USTAZ HAZIM BIN HAZMI YANG MEMBUKA TAUSIYAH BERTAJUK 𝙋𝙀𝙉𝘼𝙒𝘼𝙍 𝘽𝘼𝙂𝙄 𝙃𝘼𝙏𝙄 YANG DIBAWA SETIAP BULAN PADA MINGGU KE2 (HARI JUMAAT) BERSAMA PARA PELAJAR DAN KAKITANGAN MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764361.jpg

𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗗𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,

ALHAMDULILLAH HARI INI 10 JANUARI 2024, SEMUA PELAJAR TERLIBAT DENGAN PERJUMPAAN BERSAMA WARDEN MTNS BAGI MENDAPATKAN PENERANGAN DAN PERINGATAN BERKAITAN DENGAN PERATURAN MAAHAD. 

TERIMA KASIH USTAZ KERANA MELUANGKAN MASA BERSAMA PARA PELAJAR HARI INI DAN MEMBERIKAN PELAJAR PENCERAHAN BERKAITAN DENGAN JADUAL HARIAN, PERATURAN DAN DISIPLIN YANG PERLU DIJAGA SEBAGAI SEORANG PELAJAR TAHFIZ.

LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764198.jpg

𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗜 𝗠𝗧𝗡𝗦

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗜 𝗠𝗧𝗡𝗦
 
PELAJAR INI BERNAMA 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝙊𝙈𝘼𝙍 𝙎𝘼𝙉𝙏𝙊𝙎𝙃 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝘽𝘿𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 . MASUK KE MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT PADA USIA 9 TAHUN. PELAJAR INI MERUPAKAN SAUDARA BARU YANG MASIH DALAM PROSES MENGENAL AGAMA ALLAH, AGAMA ISLAM. PELAJAR INI BERMULA DENGAN IQRA' DAN PADA MASA ITU TIDAK MENGENAL APA-APA (HURUF DAN NOMBOR).
 
UNIT PENDIDIKAN MASUKKAN PELAJAR INI PADA TAHAP RENDAH (YANG LEMAH) DAN HAMPIR 1 TAHUN MEMBERIKAN FOKUS KEPADA MENGENAL HURUF DAN NOMBOR JUGA PENGENALAN PADA IQRA'. MASUK TAHUN KE2 , PELAJAR MULA PENGAJIAN TAHFIZ DARIPADA IQRA' 1-3. TIDAK DINAFIKAN KEMAMPUANNYA ADALAH PADA TAHAP LEMAH NAMUN, KESUNGGUHAN DAN RASA CINTA PADA AL QURAN MULA WUJUD MENJADIKAN PELAJAR INI TERUS BERUSAHA.
 
HARI INI (10/1/2024) PELAJAR INI SUDAH BERADA DI DALAM PENGAJIAN AL QURAN DAN MENGUASAI 2 JUZUK AL QURAN (JUZUK 30 & 29). PENGUASAANNYA DALAM AL QURAN MENUNJUKKAN BANYAK PENINGKATAN DARI MASA KE SEMASA. SEMOGA ALLAH TERUS MEREDHAI PELAJAR INI DAN SEMOGA DENGAN NIAT DAN KESUNGGUHANNYA, DIA DAPAT MENJADI YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG BAIK.
 
MOHON SEMUA UNTUK MENDOAKAN OMAR AGAR DAPAT TERUS ISTIQAMAH DAN DAPAT BERPEGANG DENGAN AGAMA ALLAH KINI DAN SELAMANYA. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA DIRINYA UNTUK BERKONGSI ILMU DAN MENGAJARKANNYA KEPADA AHLI KELUARGANYA YANG LAIN. ALLAHUMA AAMIIN.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764144.jpg

𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗗𝗛𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗨𝗛𝗜 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨

10 JANUARI 2024 | RABU
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗗𝗛𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗡𝗨𝗛𝗜 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨
 
MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT TELAH MENAJA PENDIDIKAN PELAJAR BERNAMA 𝗔𝗠𝗜𝗥𝗨𝗟 𝗡𝗔𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗜𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗞𝗨𝗧𝗛𝗬 SEJAK AWAL KEMASUKANNYA PADA TAHUN 2017 (10 TAHUN) YANG MANA PADA KETIKA ITU PELAJAR INI KEHILANGAN AYAHNYA. TAHUN 2024, PELAJAR INI MASIH DALAM USAHA UNTUK MENGKHATAMKAN AL QURAN.
 
PERJUANGAN YANG PENUH DENGAN LIKU DAN UJIAN. ANTARA UJIAN YANG TERBERAT ADALAH PERSAHABATAN YANG BERTUKAR GANTI. MELIHAT RAKAN PERJUANGAN DATANG DAN PERGI MEMBUATKAN SEMANGATNYA ADA NAIK ADA TURUN. NAMUN, MASIH DENGAN AZAM DAN MATLAMAT YANG SATU IAITU HARAPAN IBU.
 
"𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙞𝙣𝙖𝙩 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙪𝙡𝙩𝙞𝙢𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙪𝙨𝙩𝙖𝙯𝙖𝙝. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙠𝙝𝙖𝙩𝙖𝙢𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙡 𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙪𝙡𝙪. 𝙍𝙚𝙙𝙝𝙖 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙠."
AYAT YANG NAMPAK RINGKAS TAPI MAKNANYA HANYA YANG SEDANG PERJUANGKAN SAHAJA MEMAHAMINYA. HARINI (10/1/2024) PELAJAR INI TELAH MENCAPAI 24 JUZUK (SURAH AL MAAIDAH). BERBAKI 6 JUZUK SAHAJA LAGI. UNIT PENDIDIKAN MAAHAD AKAN BERUSAHA SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR INI KHATAM SEBELUM SYAWAL TAHUN INI.
 
MOHON SEMUA UNTUK DOAKAN PELAJAR INI SUPAYA HASRAT DAN CITA-CITANYA TERCAPAI. SEMOGA ALLAH MUDAHKAN DAN TERANGKAN HATINYA UNTUK TERUS BERSAMA AL QURAN DAN DAPAT MENCAPAI CITA-CITANYA DALAM REDHA ALLAH DAN IBUBAPANYA.
LAGI
https://asis.awfatech.com/asis0026/content/news/newsf1_SYT035_1732764045.jpg

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗧𝗔-𝗖𝗜𝗧𝗔 𝟮.𝟬

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
 
𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝙕𝙄𝙆𝙍𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 𝘽𝙄𝙉 𝙈𝙊𝙃𝘿 𝙕𝘼𝙄𝘿

MENDAFTAR DI NUR SYAFAAT PADA 02 APRIL 2023. MASUK BULAN KE 10 BERADA DI NUR SYAFAAT. SEMASA SESI PERJUMPAAN IBUBAPA UNTUK SESI 2023 YANG LEPAS PELAJAR INI SEMPAT BERTEMU IBUNYA DAN MEMOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MENGAMBIL HADIAH ATAU ANUGERAH PADA TAHUN ITU. NAMUN PENCAPAIANNYA SEBENARNYA SANGAT BAIK.
 
"𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙪𝙨𝙩𝙖𝙯, 𝙪𝙨𝙩𝙖𝙯𝙖𝙝. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙟𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙡 𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙜𝙞."
 
PELAJAR INI SANGAT BAIK AKHLAKNYA. MEMPUNYAI CITA-CITA UNTUK TERUS MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN DI MASA HADAPAN. BERUSIA 11 TAHUN PADA TAHUN INI DAN MEMPUNYAI SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MENEBUS SEMULA HADIAH YANG TIDAK DAPAT DIA MILIKI PADA TAHUN 2023.
 
MOHON SEMUA UNTUK DOAKAN PELAJAR INI SUPAYA HASRAT DAN CITA-CITANYA TERCAPAI. SEMOGA ALLAH MUDAHKAN DAN TERANGKAN HATINYA UNTUK TERUS BERSAMA AL QURAN DAN MENCAPAI CITA-CITANYA SEBAGAI SEORANG "𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘨𝘶𝘳𝘶/𝘱𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬".
LAGI

Page 16 of 41