Makluman
Image Banner

𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲- 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗡𝗨𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗔𝗔𝗧

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲- 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗡𝗨𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗔𝗔𝗧

Alhamdulillah, hari ini bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi para pelajar Maahad Tahfiz Nur Syafaat.
Subjek yang dijalankan pada hari pertama ini ialah:

📝 Tajwid
📝 Ibadah
📝 Akhlak

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan kepada semua pelajar, menerangkan hati mereka ketika menjawab soalan, mempermudahkan segala urusan, serta memberikan kejayaan yang terbaik dunia dan akhirat. 🤲
"𝘙𝘢𝘣𝘣𝘪 𝘻𝘪𝘥𝘯𝘪 𝘪𝘭𝘮𝘢, 𝘸𝘢𝘳𝘻𝘶𝘲𝘯𝘪 𝘧𝘢𝘩𝘮𝘢."
(𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯.)

Kami juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan pelajar baharu masihdibuka secara terbuka sehingga hujung tahun 2026 dengan 𝙋𝙍𝙊𝙈𝙊𝙎𝙄 𝙔𝙐𝙍𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙉𝙔𝘼 𝙍𝙈500 𝙎𝘼𝙃𝘼𝙅𝘼.
Bagi ibu bapa yang sedang mencari tempat pendidikan yang menitikberatkan hafazan Al-Quran dan sahsiah diri anak-anak, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda bersama keluarga besar Maahad Tahfiz Nur Syafaat.

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.
𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
MAJLIS MAULID MINGGUAN MTNS 2026

Jumaat (26 Jun 2026), telah berlangsung dengan jayanya Majlis Maulid Mingguan MTNS bertempat di Surau Maahad Tahfiz Nur Syafaat Banat, Wisma Al Firdaus.
Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazuan Bin Hazmi atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat menerusi Kitab 40 Hadis Akhlak Mulia. Semoga segala intipati pengajian dapat kita sematkan dalam jiwa dan amalkan dalam kehidupan seharian
Bagi yang ingin terus menyumbang secara ikhlas demi kelangsungan pengajian dan pengurusan maahad, dana boleh disalurkan ke akaun rasmi kami:

PER KEB NUR SYAFAAT KLG
5511 9112 7234 (MAYBANK)
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan, kehadiran, dan infak anda dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insya-Allah, jumpa lagi di majlis mingguan akan datang! 🕌💚
Untuk Info lanjut :
https://taplink.cc/pertubuhannursyafaat atau hubungi pihak pengurusan maahad :
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.
𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

IBADAH KORBAN WARGA MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT

RANGKUMAN AKTIVITI KORBAN 1447H / 2026M 🕋

Sekitar suasana Ibadah Korban warga Maahad Tahfiz Nur Syafaat yang telah berlangsung pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H yang lalu.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta korban, para asatizah, serta seluruh sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga Allah SWT menerima ibadah korban dan setiap pemberian ikhlas kita semua. Amin. 🤲🏼❤️
Jom saksikan coretan memori sepanjang aktiviti berlangsung! 

Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :
PER KEB NUR SYAFAAT KLG
5511 9112 7234
MAYBANK

Untuk Info lanjut :
atau hubungi pihak pengurusan maahad :
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓

22 MEI 2026 | 5 ZULHIJJAH 1447H
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓

Alhamdullilah Maulid Mingguan MTNS berlansung dengan jaya pada hari semalam bersama dengan penceramah kita iaitu Penasihat MTNS sendiri Ustaz Hazuan Hazmi
Ikuti juga perkembangan dan info terkini maahad melalui
Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :
PER KEB NUR SYAFAAT KLG
5511 9112 7234
MAYBANK

Untuk Info lanjut :
atau hubungi pihak pengurusan maahad :
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.
𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU MAAHAD TAHFIZ NUR SYAFAAT 2026

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 16 Mei 2026, pihak pengurusan Maahad Tahfiz Nur Syafaat telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru bagi tahun 2026.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan tertinggi daripada pihak pengurusan dan para pelajar atas segala jasa, pengorbanan, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh barisan asatizah dalam mendidik dan membimbing para pelajar di sini.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar atas dedikasi yang dicurahkan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha murni ini dan mengganjari para pendidik kita dengan kebaikan yang berpanjangan.

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik Maahad Tahfiz Nur Syafaat.
LAGI

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓 (MEI)

8 MEI 2026 | 21 ZULKAEDAH 1447H
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐘𝐀𝐅𝐀𝐀𝐓
Alhamdullilah Maulid Mingguan MTNS berlansung dengan jaya pada hari semalam bersama dengan penceramah kita iaitu Penasihat MTNS sendiri ustaz Hazim Hazmi

Jangan lupa, salurkan infaq anda untuk saham akhirat melalui QR DuitNow yang tertera pada poster. Jom berbakti sambil menyambut hari kemenangan! 🌸
Ikuti juga perkembangan dan info terkini maahad melalui
Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :
PER KEB NUR SYAFAAT KLG
MAYBANK
5511 9112 7234
 
Untuk Info lanjut :
atau hubungi pihak pengurusan maahad :
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.
𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

UJIAN BULANAN HAFAZAL AL-QURAN APRIL PELAJAR BANIN

Hari ini, Maahad Tahfiz Nur Syafaat melaksanakan Ujian Bulanan Hafazan Al-Quran bagi bulan april 2026 khusus untuk pelajar Banin.
Ujian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan maahad dalam memastikan hafazan para pelajar sentiasa terjaga, mantap serta ditingkatkan dari masa ke masa. Ia juga menjadi ruang bagi para pelajar menilai sejauh mana kekuatan hafazan mereka serta memperbaiki kelemahan yang ada.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua pelajar, mengurniakan keberkatan dalam hafazan mereka, serta menjadikan mereka pewaris Al-Quran yang berkualiti dan berakhlak mulia. 🌸

Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :
PER KEB NUR SYAFAAT KLG
MAYBANK
5511 9112 7234
 
Untuk Info lanjut :
atau hubungi pihak pengurusan maahad :
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑻𝑼 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑲𝑨𝑵 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑺𝑰 𝑨𝑳 𝑸𝑼𝑹𝑨𝑵
LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan