:
LAWATAN DAN PERCUTIAN


LAWATAN

Ibu bapa boleh melawat anak-anak sebulan sekali pada awal bulan. Hari SABTU dari Jam 02.00 ptg hingga 06.30 ptg. Tidak dibenarkan mana-mana ibu bapa penjaga membawa anak-anak mereka balik ke rumah. Pelepasan keluar dari kawasan madrasah hanyalah dengan kebenaran guru secara bertulis.

PERCUTIAN

Madrasah mempunyai masa-masa cuti yang tersendiri. Tidak sama dengan cuti persekolahan umum. Namun percutian penggal pertama (1 minggu), Hari Raya Puasa (15hari) dan Hari Raya Haji (07 Hari) akan diberikan. Pihak Madrasah akan menghubungi penjaga 1minggu sebelum cuti bermula.

Tempat adalah terhad (60 pelajar sahaja). Kami hanya akan menerima pendaftaran berdasarkan “Siapa Dulu diutamakan” dan syarat-syarat yang ditetapkan.  Semoga Allah Memilih anak-anak Tuan sebagai seorang Hafiz Al-Quran. Sekian wassalam