:
POLISI PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN MTNS


Nota: Semua jenis yuran adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengelola Maahad Tahfiz Nur Syafaat. Yuran hendaklah dibayar sebelum atau pada 7hb setiap bulan.

Penjelasan mengenai pembayaran yuran di atas:- 

1. Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sepanjang persekolahan di MTNS. (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). Untuk pelajar baru perlu menjelaskan yuran pendaftaran dan yuran pengajian untuk 2 bulan pertama (Januari dan Februari).

2. Yuran Tahunan perlu dibayar setiap awal tahun sesi persekolahan (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN)

3. Yuran bulanan perlu dibayar setiap bulan termasuk semua cuti persekolahan.

4. Pelajar yang telah selesai satu sesi pengajian (telah menduduki peperiksaan akhir tahun) TETAPI berhajat untuk berhenti pada bulan Oktober, masih perlu membayar yuran November dan Disember.

5. Yuran lama tertunggak: Notis peringatan pada bulan November perlu dikeluarkan kepada ibu bapa yang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru (contoh 2019).

6. Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan: Jika ibu bapa masih berminat untuk meneruskan persekolahan sama ada pada tahun sama atau tahun yang berlainan, yuran pengajian perlu terus dibayar. Jika ibu bapa tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, mereka perlu berhenti dan mendaftar semula untuk kemasukan baru selepas itu. Penerimaan untuk mendaftar bergantung kepada kekosongan tempat belajar.

7. Ibu bapa yang gagal menjelaskan yuran pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang surat atau makluman kepada sekolah, surat peringatan akan dikeluarkan.
Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

  • Peringatan pertama: jika sebulan tertunggak.
  • Peringatan kedua: jika dua bulan tertunggak.
  • Notis 7 hari – jika 3 bulan atau lebih, tertunggak