:
SUMBER KEWANGAN DAN KEMUDAHAN FASILITI


Sumber utama kewangan Maahad Tahfiz Nur Syafaat ialah daripada yuran sekolah. Yuran yang dikenakan kepada pelajar setiap bulan merupakan sumber utama dana sekolah. Sumber utama inilah yang digunakan untuk membayar gaji, sewa bangunan bil utiliti, rawatan kesihatan pelajar dan makan minum pelajar. Walaubagaimanapun sumber ini tidak mencukupi bagi menampung penambahbaikan prasarana dan fasiliti sekolah. Sekolah banyak dibantu oleh para ibubapa, badan NGO dan orang-orang persendirian yang prihatian dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu menampung kos-kos berkenaan tetapi kami masih kekurangan dana yang agak banyak.

           A) KOS OPERASI BULANAN AKADEMI

MTNS kini sedang beroperasi di Wisma Al Firdaus Lot 1131, Batu 45, Jalan Johor, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor Darul Takzim dengan jumlah pelajar seramai 52 orang pelajar lelaki DAN 11 guru dan kakitangan. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari individu, swasta, NGO dan badan-badan berkanun agar dapat bersama-sama menyumbang bagi meringankan kos operasi bulanan madrasah.

BAJET BELANJAWAN BULANAN Maahad Tahfiz Nur Syafaat
1. Makan & Minum : RM6,000

2. Bil air dan api : RM 2000
3. Gaji guru : RM 20,000
5. Sewa Bangunan : Wakaf Pemilik Bangunan
6. Penyelenggaraan & Rawatan sakit : RM5,000

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN BULANAN:  RM33,000.00

           B) Tajaan pelajar kurang berkemampuan

Kos Pengurusan MTNS untuk setahun: RM450,000.00 Ribu setahun. Sepanjang tahun kami akan membuka peluang kepada para dermawan untuk menaja pelajar yang terdiri daripada 25 orang anak-anak yatim dan miskin. Kos sebanyak RM3600/setahun bagi seorang pelajar adalah termasuk yuran, asrama, aktiviti, dobi, makan/minum dan sebagainya. Kekurangan dana untuk pelajar –pelajar untuk setahun yang ditanggung oleh pihak pengurusan adalah RM 90,000.00 untuk setahun.

Sebagai membantu pelajar-pelajar yanng kurang berkemampuan ini Maahad Tahfiz Nur Syafaat telah bersetuju untuk memberikan pembiayaan biasiswa kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan anak-anak yatim piatu. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar berumur 9 tahun dan keatas. Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh MTNS adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian seperti bersedia berkhidmat dengan MTNS setelah tamat pengajian untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan) atau selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.