





๐ฃ MAKLUMAN | MESYUARAT BULANAN PENGURUSAN TERTINGGI MTNS ๐ฃ
Mesyuarat Bulanan Pengurusan Tertinggi MTNS telah berlangsung yang mana ia melibatkan Pengurusan Tertinggi Maahad untuk membincangkan dan membentangkan prestasi pendidikan dan juga pengurusan sepanjang bulan Mac dan April 2025 kepada pengasas Maahad Tahfiz Nur Syafaat.
Mesyuarat ini melibatkan perbincangan menyeluruh berkaitan pengurusan, prestasi semasa, serta perancangan strategik demi kelangsungan dan kecemerlangan MTNS.
Antara fokus utama mesyuarat kali ini:
โ
Penilaian program dan aktiviti terkini
โ
Perancangan jangka pendek dan panjang
โ
Pemantapan sistem pengurusan institusi
โ
Pembentangan laporan dari setiap unit terlibat
Pihak pengurusan komited dalam memastikan setiap keputusan yang diambil selari dengan visi dan misi MTNS sebagai institusi yang unggul dalam melahirkan pelajar berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
๐ Terima kasih kepada semua yang terlibat atas sumbangan idea, masa dan tenaga.
“Menuju Pengurusan Cemerlang, MTNS Terbilang”
๐น MAJLIS MAULID MINGGUAN & SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR ๐น
Jemputan istimewa kepada seluruh warga MTNS!
Mari bersama-sama menghadiri Majlis Maulid Mingguan yang penuh barakah bersama Ustaz Hazim, seorang pendakwah yang menyentuh hati dengan tausiyahnya yang penuh hikmah.
๐ Majlis turut diserikan dengan:
๐ Sambutan Hari Lahir Pelajar MTNS (Januari - Mei)
Mari kita raikan dan doakan kesejahteraan serta kejayaan sahabat-sahabat kita yang diraikan.
๐๏ธ Ayuh hadirkan diri, raih keberkatan, dan kukuhkan ukhuwah sesama kita.
“Cinta Rasul, Cinta Ilmu, Cinta Ukhuwah”